Warga

Rakan –Rakan KongsiRakan-Rakan KananRakan-Rakan

Rakan –Rakan Kongsi

Kami mempunyai struktur perkongsian dua peringkat.

Rakan kongsi bukan ekuiti(pekerja-pekerja yang bergaji,dengan bayaran gaji yang agak lumayan) dan rakan kongsi ekuiti yang berkongsi keuntungan firma ini.

Kerapkali ,seorang rakan kongsi bukan ekuiti akan dijemput untuk menyertai perkongsian ekuiti pada satu ketika di masa depan.

Walau bagaimanapun, kami juga membawa masuk rakan-rakan kongsi ke Peringkat Yang Lebih Tinggi Perkongsian Ekuiti berdasarkan kebolehan individu.

BSB & Co memilih rakan kongsi yang berpotensi dari segi:

  • kecerdasan,pengetahuan yang menyeluruh mengenai undang-undang
  • kepantasan dan penggunaan budi bicara
  • Hubungan klien yang kukuh
  • Pengetahuan perniagaan yang baik dan stabiliti ( dari segi peribadi dan juga profesional)
  • Dedikasi mutlak kepada firma dan pekerjaan anda
  • Keupayaan rainmaking
  • Semangat bekerjasama
  • Identiti profesional
  • Kebolehan untuk mengajar,membimbing dan berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan sekerja
  • Penglibatan komuniti
  • Persembahan peribadi
  • Menerima pakai ke BSB 8 prinsip

Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila rujuk ke halaman RAKAN KONGSI kami.

Rakan-Rakan Kanan

Brijnandan Singh Bhar & Co menawarkan satu tempat bekerja yang mencabar dan berganjaran

Kami harap bahawa anda telah pun merebut peluang untuk meneroka bidang-bidang lain dalam laman kami dan melihat bidang-bidang kerja yang kami jalankan dan adalah pakar.

Kami menawarkan satu gabungan unik bidang amalan pertikaian dan bukan pertikaian.Bidang-bidang yang kami adalah pakar dan pelbagai kes-kes yang dilaporkan di media and jurnal-jurnal undang-undang menjadi saksi kepada kekuatan utama kami.

Kami mengharapkan banyak daripada rakan-rakan kanan kami dan mengharapkan mereka supaya bercita-cita tinggi sejak dari mula lagi. Kami dengan rela hati memupuk dan melabur dalam rakan-rakan kanan kami dan memastikan mereka mempunyai cita-cita tinggi untuk menjadi rakan kongsi pada masa hadapan.

Sebagai balasan, kami mengharapkan bahawa mereka diberi ganjaran yang baik dan diberi satu pakej saraan yang lumayan yang akan meningkat setiap tahun berdasarkan pengalaman mereka.

Ini akan termasuk ganjaran dan elaun yang kompetitif, subsidi-subsidi untuk yuran pendaftaran untuk perakuan pengamalan tahunan dengan Majlis Peguam Malaysia dan yuran untuk kursus-kursus yang dikelolakan di peringkat domestik dan antarabangsa di pelbagai organisasi dan institusi perundangan di serata dunia.

Kami bangga akan diri kami atas kemesraan dan kesenangan untuk mendekati kami sebagai sebuah firma guaman . Kami juga percaya bahawa sikap ini dicerminkan dalam pengalaman rakan-rakan kanan kami.

Untuk maklumat lanjut,sila kunjungi halaman RAKAN-RAKAN KANAN kami.

Rakan-Rakan

Brijnandan Singh Bhar & Co menawarkan satu tempat kerja yang mencabar dan penuh dengan ganjaran.

Kami berharap anda telah menggunakan peluang untuk meneroka pelbagai bahagian lain laman web kami untuk melihat bidang kerja mana yang kami ceburi dalam buat pengkhususan.

Kami menawarkan satu campuran unik bidang-bidang yang melibatkan pertikaian dan bukan pertikaian guaman

Bidang-bidang mana yang kami buat pengkhususan dan pelbagai kes yang dilaporkan dalam media dan jurnal undang-undang dengan sendirinya menyatakan kekuatan hebat kami.

Kami berharap banyak daripada rakan-rakan kami dan sesungguhnya inginkan mereka untuk mempunyai cita-cita tinggi dari mula lagi.Kami membimbing serta melabur dalam mereka dengan relanya dengan tujuan untuk akan menjadi rakan kongsi firma ini pada masa hadapan.

Sebagai balasan, kami memastikan mereka dapat ganjaran yang sesuai dengan mereka menawarkan pakej saraan yang lumayan yang akan meningkat setiap tahun mengikut pengalaman mereka.

Ini termasuk saraan dan elaun yang kompetitif; subsidi yuran pendaftaran untuk sijil amalan tahunan mereka daripada Majlis Peguam Malaysia dan subsidi untuk yuran kursus-kursus yang dikendalikan di peringkat domestik oleh Majlis Peguam Malaysia,Jawatankuasa dan Majlis Perundangan Negeri yang berkenaan mahu pun diperingkat antarabangsa yang dikendalikan oleh pelbagai organisasi dan institusi perundangan di serata dunia.

Kami bangga atas kemesraan dan kebolehcapaian kami sebagai sebuah firma guaman.dan kami percaya bahawa sikap ini ditonjolkan oleh pengalaman rakan-rakan kami.

Untuk maklumat lanjut , sila kunjungi halaman RAKAN-RAKAN kami.