Setiausaha Dan Kerani

Di Brijnandan Singh Bhar & Co, kami sentiasa berusaha untuk mendapatkan mendapatkan staf setiausaha dan kerani untuk menyertai keluarga kami yang semakin berkembang. Kami menghargai kakitangan kami dan juga sumbangan mereka kepada firma dan menganggap mereka sebagai tonggak kekuatan kami.
Jika anda mempunyaikemahiran kesetiausahaan dan perkeranian yang sangat baik dan berada dalam keadaan yang tenang apabila menghadapi tekanan, maka Brijnandan Singh Bhar & Co adalah firma unt uk anda.Persekitaran kami berasaskan kerja berpasukan ,memerlukan staf yang rajin bekerja serta mempunyai fleksibiliti.Sebagai balasan,kami menawarkan ganjaran yang sangat baik dan peluang yang banyak untuk membangunkan diri anda.

SETIAUSAHA

  • Memiliki kelayakan kesetiausahaan
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman walaupun graduan setiausaha baru digalakkan untuk memohon
  • Kefasihan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia adalah satu keperluan untuk menterjemah beberapa dokumen
  • Kemahiran menaip dengan baik dan celik komputer dengan pengalaman bekerja menggunakan Microsoft OFFIce adalah satu kemestian
  • Pengalaman bekerja dengan firma guaman merupakan satu kelebihan

KERANI

  • Mempunyai kelayakan minimum SPM
  • Sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman kerja yang berkaitan
  • Kefasihan dalam menulis dan bercakap dalam Bahasa inggeris dan Bahasa Malaysia adalah
  • satu keperluan dengan keupayaan untuk menterjemahkan beberapa dokumen.
  • Kemahiran menaip dengan baik dan celik computer
  • Pengalaman bekerja di firma guaman merupakan satu kelebihan

Kami menawarkan pakej saraan dan ganjaran yang sangat baik berdasarkan keupayaan dan pengalaman calon.
Untuk maklumat lanju, sila emel kami di applications@bsbharco.com