Rakan-Rakan Kanan

Shailender BharAkan Datang

Shailender Bhar

27186_10150161206390311_5016456_nPada tahun 2003, Shailender telah dipanggil ke Bar England dan Wales setelah menghabiskan Kursus Vokasional Bar dengan Persatuan Kehormat Middle Temple.
Beliau kemudiannya mengikut latihan di 4-5 Gray ‘s Inn Square dalam syarikat peguam Timothy Straker QC dan Elizabeth Appleby QC di bawah pengawasan James Ramsden.Selepas tamat latihan, Shailender telah menerima jemputan untuk menjadi ‘door tenant’ di syarikat peguam yang termasyhur ini .
Di 4-5 Gray’s Inn Square ,Shailender telah membuat amalan dalam semua bidang guaman dengan mempunyai minat yang khas dalam pertikaian komersial, resolusi,peraturan,disiplin, media, sukan dan undang-undang awam.Antara arahan

beliau di London ialah beliau telah terlibat dalam kes-kes berikut:

  • menasihati satu majlis tempatan utama dalam pertikaian yang melibatkan kontrak perkhidmatan penyelenggaraan kawasan
  • membantu dalam membela klien-klien Itali dalam pertikaian kontrak yang melibatkan berjuta-juta paun berkaitan kain dan bahan-bahan yang diimpot
  • membantu dalam mediasi dalam pertikaian untuk syarikat yang membuat tuntutan terhadap bekas pengendali litar perlumbaan F 1 di Britain atas penjualan runcit dan pengurusan acara
  • menasihati majlis tempatan terhadap satu tuntutan jutaan paun terhadap operator utama saluran gas dan kontraktor kejuruteraan awam
  • menasihat dan memulakan tuntutan untuk klien persendirian mengenai kecuaian profesional terhadap seorang bekas peguam
  • menasihati sebuah syarikat pemasaran atas kemungkinan tuntutan kontrak terhadap pengedar mel kebangsaan atas kegagalan menghantar bahan-bahan pemasaran
  • telah membantu dalam menasihati sebuah pemaju hartanah untuk membekukan permohonan injunksi terhadap pihak yang menuntut.
  • telah membantu dalam membela sebuah firma gadaijanji,nyawa dan pencen dalam pertikaian perjanjian agensi atas komisen
  • telah membantu dalam tindakan kecuaian profesional untuk seorang pemain Liga Perdana Inggeris
  • membantu dalam mewakili seorang pelompat pertunjukan kuda antarabangsa dan pelatih kuda ke atas pertikaian yang timbul daripada penilaian dan latihan seekor kuda
  • telah membantu dalam mewakili amanah-amanah penjagaan kesihatan primer terhadap juruoptik yang telah membuat tuntutan yang menyalahi undang-undang, memperoleh keuntungan yang menyalahi undang-undang dan menuntut bayaran berlebihan
  • terlibat dalam pertikaian antara sebuah syarikat media cetak dengan pembekal peralatan
  • telah membantu dalam tuntutan serangan seksual serius oleh seorang pekerja sebuah firma perhubungan perniagaan yang utama terhadap sebuah pengeluar utama kereta Jerman.

Pada tahun 2005,Shailender telah diterima masuk dalam Badan Peguam Malaysia. Selepas itu, beliau telah memulakan amalan dengan Tetuan Brijnandan Singh Bhar & Co dengan memberi tumpuan terutamanya kepada bidang kerja teras firma termasuk kecederaan peribadi,kecuaian perubatan,komersial,kos dan hal-hal cukai.Ramai peguam yang sering mendapatkan pandangan
Shailender mengenai isu-isu yang berhubung dengan prosedur dan kos.
Beliau juga sering dilantik sebagai peguam oleh firma-firma lain untuk menjalankan rayuan dan pelbagai hal interlokutori di Makhamah Tinggi dan juga di Makhamah Rayuan.
Shailender baru-baru ini diarah untuk mewakili satu tindakan kelas saman sivil dalam satu kes liabiliti produk bernilai berjuta-juta dolar terhadap sebuah pengeluar dan pembekal kanta sentuh multinasional utama yang berjaya diselesaikan memihak kepada tindakan kelas pada tahun 2012.
Shailender juga pakar di di pelbagai bidang yang meliputi hal-hal sivil,komersial dan perkapalan, termasuk juga pertikaian bunker yang bernilai berjuta-juta dolar,pertikaian pembinaan serta juga dalam hal-hal yang melibatkan keuntungan yang diperoleh secara melanggar undang-undang.
Shailender mempunyai beberapa keputusan yang dlaporkan yang boleh ditemui dalam media da laporan undang-undang,ini termasuk:

MAKHAMAH PERSEKUTUAN

  • Abdul Ghaffar Md Amin lwn Ibrahim Yusoff & Anor (2008/ 5 CLJ 1

MAKHAMAH RAYUAN

  • Pacific & Orient Insurance Co Bhd lwn Muniammah Muniandy (2011) 1 CLJ 947
  • Annamalay Retnam lwn Mah Chong Peng & Anor (2010) 6 CLJ 487
  • Sukatno lwn Lee Seng Kee & Anor (2009) 4 CLJ 171; (2009) 1 LNS 115
  • Mohd Nor Afandi Mohamed Junus lwn Rahman Shah Alang Ibrahim & Anor (2008) 2 CLJ 369
  • Yusoff Ibrahim & Anor lwn Abdul Ghaffar Md. Amin (2009) 1 LNS 1383
  • Azizi Amran lwn Hizzam Che Hassan (2006) 2 CLJ 821 ; (2006) 1 LNS 24

MAKHAMAH TINGGI

  • Anum Bin Adnan & Anor lwn Gadong Bin Singkok (2012) MLJ 575
  • Mohd Fariz Mohd Taib & Anor lwn Abdul Rahim Alias & Anor (2011) 10 CLJ 470;(2010) 1 LNS 596
  • Pacific & Orient Insurance Co. bhd lwn Muniammah Muniandy (2011) 9 CLJ 569; (2010) 1 LNS 1102
  • Fauziah Hassan Khutoos lwn Dr Ahmad Kamal Mohamed & Anor (2010) 1 LNS 1576
  • Adnan idris lwn Norsharina Othman (2009) 1 LNS 874
  • Abdul Rahman Mohd Shariff & Anor lwn Mohd Fauzi Selamat (2007) 1 LNS 684

MAKLUMAN JAWATAN

  • 2010 – Ahli semasa Kelab Rotary Bangsar dan Felo Paul Harris
  • 2010- Ahli Jawatankuasa semasa jawatankuasa kecil Majlis Peguam Malaysia
  • 1999-2002- Presiden Persatuan Universiti Malaysia dan Singapura
  • 1999-2001-Pengerusi Forum Persatuan-Persatuan Universiti
  • 1999-2001- Wakil Persatuan dalam Jawatankuasa Pelajar Universiti

Shailender fasih dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia,Hindi, Punjabi dan bahasa Urdu.

Shailender boleh dihubungi melalui:

E-mel: shailender@bsbharco.com

Tel: +603 2142 8134/8135,2110 3586

Faks: +603 2141 3981

Shailender boleh dihubungi melalui:

To be announced shortly.