Rakan-Rakan

Natasha BharDr Dheeraj Bhar

Natasha Bhar

Natasha dipanggil ke Bar England dan Wales pada 25 November 2004.
Selepas itu, beliau memulakan latihan di syarikat guaman James Ramsden, kini di 39 Essex Street, sebuah syarikat guaman yang bertaraf tinggi dalam bidang undang-undang, antaranya dalam bidang undang-undang komersial dan perancangan.
Semasa latihan , beliau berpeluang untuk memperoleh pengalaman dalam pelbagai hal yang melibatkan komersial,awam,pihak berkuasa tempatan dan undang-undang kawal selia.Antara kerjanya adalah termasuk kajian semula kehakiman,injunksi,menasihat pihak-pihak berkuasa tempatan serta juga menyediakan dokumen-dokumen yang berkait dengan makhamah dan menasihat klien-klien persendirian atas pelbagai isu yang lain. Pada tahun 2006, Natasha mula menjadi anak guaman di bawah Datuk Jagjit Singh dari Tetuan Jagjit Singh & Co.
Beliau terlibat dalam beberapa kes yang dapat perhatian awam, termasuk skandal Lembaga CLP yang membawa kepada tindakan terhadap director lembaga tersebut serta juga dalam kes Nirmala Bonat yang kini sudah menjadi masyhur. Beliau jua mempunyai pengalaman dalam menangani isu-isu yang berkait dengan hal-hal disiplin dengan Majlis peguam,saman malu dan menderaf pendapat –pendapat untuk pelbagai syarikat insurans.
Dalam bulan Februari 2007, selepas dipanggil ke Badan Peguam Malaysia, beliau telah menyertai Tetuan Brijnandan Singh Bhar & Co.
Beliau telah membuat pengkhususan dalam perkara-perkara yang berkait dengan kecederaan peribadi,konveyansing dan keluarga. Beliau juga ada pengalaman dalam menghadiri pelbagai kes yang telah dilaporkan dan tidak dilaporkan, termasuk :

MAKHAMAH PERSEKUTUAN

  • Abdul Ghaffar Md Min lwn Ibrahim Yusoff & Anor (2008) 5 CLJ 1

MAKHAMAH TINGGI

  • Mohd Fariz Mohd Taib & Anor lwn Abdul Rahman Alias & Anor (2011) 10 CLJ 470 ;(2010) 1 LNS 596
Natasha juga menjadi ahli kepada berikut
    • Badan Peguam England dan Wales
    • Persatuan Kehormat Middle Temple , London
    • Badan Peguam Malaysia
    • Badan Peguam Kuala Lumpur
    • Persatuan Alumni Middle Temple Malaysia

Natasha boleh berbual dalam Bahasa Inggeris,Hindi,Punjabi dan Bahasa Melayu

Natasha boleh dihubungi melalui:

E-mel: natasha@bsbharco.com

Telefon: 03-2142 8134, 03-2110 3586, 03-2142 8135

Fax: 03-2141 3981

Natasha boleh dihubungi melalui:

Natasha Bhar
Phone: 03-2142 8134, 03-2110 3586, 03 - 2142 8135
Fax: 03-2141 3981

Mr  Dheeraj Bhar

MBBS(KEPUJIAN), MRCS(GLASGOW)FAGE, PGDip Law(Kepujian),ADRg(London),MCIArb(London), Barrister –At-Law (Middle Temple)

Dheeeraj mempunyai sifat yang unik dengan mempunyai pengalaman yang luas secara peribadi dan juga profesional dalam dua bidang profesional yang paling mulia dan ingin diceburi dalam dunia .

Beliau ialah sebahagian daripada segelintir individu elit dalam dunia ini yang mempunyai dua kelayakan profesional i dalam bidang Pembedahan dan juga Undang-undang.
Beliau berkelulusan Ijazah Kepujian Kelas Pertama dalam bidang Perubatan dari Kolej Perubatan Kasturba , Manipal. Setelah itu, beliau kembali ke London untuk meneruskan pengajiannya dalam bidang Pembedahan untuk memperoleh kelayakan sebagai seorang Pakar Bedah.

Pada tahun 2008, Dheeraj telah lulus sebagai seorang Pakar Pembedahan dari The Royal College Of Physicians & Surgeons of Glasgow.

Beliau kemudian mula membuat pengkhususan dalam bidang Pembedahan Plastik,Estetik & Rekonstruktif.

Pada tahun 2008 semasa bekerja sebagai pakar bedah dalam Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (UK) dan juga bidang swasta di tempat perubatan yang paling eksklusif di dunia iaitu di Harley Street, London,Dheeraj juga telah meneruskan pengajiannya dalam Diploma Lepasan Ijazah dalam bidang Undang-undang dan telah lulus dengan Kepujian pada tahun 2009.

Walaupun bekerja sepenuh masa, pada tahun 2010,beliau memulakan Kursus Latihan Profesional Badan
Peguam di London dengan Persatuan Kehormat Middle Temple dan seterusnya dipanggil menyertai Badan Peguam England & Wales pada tahun 2011.

Dheeraj kemudiannya memulakan pelatihannya di kamar firma guaman Soo Thien Ming & Nashrah di bawah pengawasan Encik Soo Thien Ming dan Hakim Makhamah Persekutuan (Bersara), Datuk Seri Gopal Sri Ram.

Pada tahun 2013, Dheeraj telah dipanggil ke Badan Peguam Malaysia dan diterima masuk sebagai Peguambela dan Peguamcara Makhamah Tinggi Malaysia.

Dheeraj juga ialah Pengantara Bertauliah dari Kumpulan Resolusi Pertikaian Alternatif (Alternative Dispute Resolution Group), London.

Beliau ialah seorang pengamal perubatan berdaftar:

-Majlis Perubatan Am ,United Kingdom

-Majlis Perubatan India, India

Beliau juga ahli Majlis Peguam :

-England & Wales, dan

-Malaysia

Dheeraj ialah ahli:

– The Royal College of Physicians & Surgeons, Glasgow

– Chartered Institute of Arbitrators, London

– Majlis Antarabangsa untuk Arbitrasi Komersial

– Persatuan Badan Peguam Antarabangsa

– Persatuan Undang-undang Antarabangsa

– Persatuan Sedunia Undang-undang Perubatan

– Society of Medico-Legal Law , London

– Society of Medico-Legal Law, Malaysia

– Persatuan Undang-undang Pembinaan , London

– Persatuan Sukan dan Undang-undang British,London

– Chinese European Legal Association, Hamburg

Dheeraj ialah ahli:

– Fellow Akademi Pengajian Am

Dheeraj juga arif berbahasa dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Hindi, Punjabi dan Urdu.

Dheeraj boleh dihubungi melalui:

E-mel: dheeraj@bsbharco.com

Tel: + 603 2142 8134/8135; 2110 3586

Fax: +603 2141 3981

Dheeraj boleh dihubungi melalui:

Dheeraj Bhar
Phone: 03 -2142 8134, 2142 8135, 2110 3586
Fax: +603 2141 3981