Firma ini mempunyai satu tradisi yang lama dalam aktiviti pro bono dan pendekatan yang kami gunakan adalah nyata dan mempunyai sokongan yang mampan.
Sebagai sebahagian daripada masyarakat global,firma ini komited untuk bekerja bersama-sama
dengan satu cara yang diselaraskan untuk memberi impak yang besar terhadap masyarakat di mana kami hidup dan bekerja.
Komitmen Brijnandan Singh Bhar & Co sukar ditandingi dan setiap peguam kami digalakkan untuk membuat usaha yang serius dan berterusan untuk melaksanakan kerja pro bono.
Selama lebih 35 tahun, firma kami telah menderma beribu-beribu jam kerja guaman bersifat pro bono.
Kerja pro bono merupakan sebahagian penting sejarah dan masa hadapan firma kami.
Kami berhasrat menjadi pemimpin pemikiran dalam penciptaan dan penyampaian perkhidmatan pro bono.Untuk mencapai matlamat ini, kami melibatkan diri dalam projek-projek pro bono yang inovatif dan terus membantu Majlis-majlis Peguam tempatan di mana saja diperlukan berkemungkinan perlu.
Pendekatan kami terhadap pro bono adalah bersesuaian dengan keadaan dan budaya tempatan.
Kami telah dan terus akan membantu masyarakat kita dari pelbagai latar belakang yang kurang bernasib baik dan lemah ,dengan memberi perkhidmatan guaman yang percuma dan secara tetap termasuk juga kepada mereka dari badan-badan kebajikan dan dari pelbagai kumpulan komuniti yang lain.