Timbangtara



Firma kami dapat memberi bantuan pada setiap peringkat dan tahap timbang tara domestik dan antarabangsa dari memberi nasihat awal hingga ke menghadiri perbicaraan dan rayuan.

Firma ini mempunyai pengalaman dalam pelbagai hal korporat dan komersial yang merangkumi pelbagai sektor perindustrian,pembinaan dan kejuruteraan, insurans, farmaseutikal dan perkapalan.

Klien-klien kami adalah dari pelbagai sektor dan mereka sentiasa merujuk kerja daripada sekutu-sekutu mereka daripada industri yang sama kepada kami.

Kami juga mampu memperoleh manfaat daripada rangkaian global kami yang sangat luas, yang terdiri daripada ahli-ahli profesional guaman untuk membantu klien-klien kami dalam negara-negara di mana mereka mungkin memerlukan pengetahuan dan bantuan tempatan.