Dengan tersebar luasnya teknologi maklumat,dunia hari ini menyaksikan cabaran-cabaran kompleks yang timbul daripada ruang tanpa sempadan yang dicipta oleh internet baru-baru ini.
Ruang siber menghimpunkan pelbagai jenis isu undang-undang yang memerlukan pengetahuan yang dalam serta nasihat pakar undang-undang secara serta merta.
Kami kerap memberi perundingan guaman siber, analisis undan-unadang siber dan perkhidmatan forensik kepada klien-klien kami.Kami berupaya untuk bekerja rapat dengan pakar-pakar IT, perunding-perunding IT dan forensik siber di peringkat tempatan atau antarabangsa.
Kami mampu untuk mengendalikan kerja-kerja yang berkait dengan tugas-tugas pertikaian dan bukan pertikaian guaman yang berhubung dengan undang-undang siberdan mampu bekerja dengan klien-klien kami dalam beberapa bidang termasuk kes-kes jenayah siber,ugutan siber,penipuan kad kredit atas talian ,melempar fitnah melalui talian dan kecurian data.
Akhir sekali, oleh sebab kami tidak dapat mengatakan dengan seberapa kerap yang boleh, kami berusaha untuk megemukakan nasihat kami dengan cara yang jelas,ringkas dan mudah serta menangani keperluan khusus setiap klien dan mencapai penyelesaian yang positif.