Oleh sebab, pada zaman sekarang pertikaian komersial merentas bidang kuasa,budaya dan sistem perundangan, Brijnandan Singh Bhar & Co, bersedia untuk membimbing klien-klien kami untuk mengatasi kecelaruan isu-isu kompleks yang timbul.Syarikat-syarikat yang menghadapi pertikaian mempunyai pelbagai opsyen, dan kami menyediakan pendekatan-pendekatan yang kreatif dan komprehensif untuk menghadapi pertikaian-pertikaian tersebut.Walaupun firma guaman yang lain menganggap pertikaian global sebagai masalah,kami pula mengganggap bahawa penyelesaian pertikaian antarabangsa yang semakin banyak dan berkembang pesat ,berpotensi menjadi penyelesaian masalah perniagaan klien-klien kami.
Kami percaya bahawa untuk untuk memberi penyelesaian yang benar-benar global,kami perlukan lebih daripada lokasi global.Rangkaian guaman kami yang kukuh dan juga teknologi,membolehkan kami untuk mengkoordinasi tindak balas merentas sempadan yang pantas terhadap hal-hal litigasi bila dan di mana perkara ini berlaku.Kami sentiasa dapat mengumpul pasukan litigator yang betul untuk memenuhi keperluan klien-klien kami.
Kami dapat mengajukan pilihan forum, undang-undang yang boleh diguna pakai,keperluan bidang-bidang kuasa dan tempat untuk bertemu,mngetengahkan atau menentang pembelaan
Forum non conveniens, menangani legislasi luar wilayah;mendapatkan penemuan antarabangsa;memperoleh sokongan kehakiman terhadap prosiding timbang tara,seperti menguatkuasakan atau mencabar fasal-fasal timbang tara dan keputusan kehakiman; atau prosiding negara asing seperti mendapatkan pengisytiharan pelepasan atau injunksi anti saman, penguatkuasaan atau mencabar penguatkuasaan penghakiman.
Pengetahuan industri kami mengenai pertikaian merentas sempadan melibatkan hal-hal berkenaan tindakan undang-undang industri dan liabiliti produk, minyak, gas , tenaga dan perlombongan, tindakan undang-undang alam sekitar, isu-isu penerbangan, pemulihan insurans,paten dan pertikaian cap dagang serta jenayah kolar putih dan penyiasatan.
Pada kedua-dua tahap iaitu pada tahap perbicaraan di makhamah dan juga rayuan, kami secara agresif boleh mengumpul dan melindungi maklumat sensitif, membuat tuntutan dan membina pembelaan , serta merangka kes-kes dalam satu cara yang paling bersesuaian dengan matlamat klien-klien kami.