Firma kami menawarkan perkhidmatan bertindak untuk atau menentang media dalam hal pemfitnahan,pengurusan krisis, privasi,hak cipta dan harta intelektual yang lain.
Baik anda sebuah penerbit, penyiar atau menjadi subjek sesuatu penyiaran atau artikel yang dicadangkan, kami faham akan pelbagai jenis kod amalan yang mengawal selia setiap sektor media, bagaimana mereka berinteraksi dengan undang-undang yang utama, dan apa-apa perkara yang bermakna untuk anda.Kami akan membantu anda untuk mematuhi segala kod-kod yang relevan dan peraturan serta melindungi organisasi anda daripada sebarang tuntutan.
Dalam keadaan yang lain jika nama baik, privasi dan harta intelektual anda diancam, kami dapat membantu dengan menlindungi kepentingan-kepentingan anda.Kami menawarkan perkhidmatan guaman dan pengurusan risiko yang berkualiti dan paling tinggi untuk membolehkan anda berttindak dengan pantas dan secara efektif dalam persekitaran yang terdedah kepada tekanan budaya media sepanjang masa dan hari.
Kami berupaya bertindak untuk klien-klien kami selepas penerbitan bahan-bahan yang bercorak fitnah dan cuba mendapatkan pampasan dengan cara yang paling sesuai termasuk mengambil tindakan guaman.