Kos



Kami menjalankan dan membuat pengkhususan dalam semua aspek kerja kos.
Kami hadir di setiap makhamah dan tribunal di mana isu-isu kos timbul. Kami berpengalaman luas dalam kerja-kerja rayuan, dengan kehadiran yang kerap di Makhamah Rayuan dan rayuan di peringkat Makhamah Tinggi serta Makhamah Persekutuan.
Kami menjalankan secara terperinci semua jenis penilaian yang melibatkan isu-isu yang timbul dari kes-kes komersial bernilai tinggi hingga ke pemulihan kos.
Kami berpengalaman luas dalam perkhidmatan nasihat dan kerja mendraf.Klien-klien kami yang juga terdiri daripada peguam-peguam bela dan peguam-peguam cara,seringkali meminta bantuan kami dalam urusan pembiayaan dan dalam mendraf dokumentasi kos, termasuk kos yang berkaitan dengan kontrak retainer klien-peguam cara di bawah LPA.Kami juga seringkali dirujuk oleh klien-klien secara tetap untuk mendakwa dan mempertahankan penilaian kos.
Selain itu, dengan perubahan-perubahan baru dalam peraturan-peraturan makhamah, rejim kos tetap telah diperkenalkan dengan tujuan untuk memudahkan kuantifikasi kos.Walau bagaimanapun,berdasarkan pengalaman kami, peruntukan yang diperkenalkan mengandungi beberapa anomali dan masalah yang tersendiri.
Kami sudah biasa dengan semua isu, termasuk juga isu-isu yang berhubung dengan memfailkan penyemakan semula, kepentingan dan hal-hal lain yang berkait.