Kecederaan Peribadi



Firma kami telah mempelopori hal-hal kecederaan peribadi sejak 1977 dan telah pun memperkembang bidang undang-undang ini dengan begitu pesat dengan beberapa keputusan yang masyhur dilaporkan dalam media dan laporan perundangan.
Berhubung dengan kes-kes trafik jalanraya, kepakaran kami melibatkan kemalangan kenderaan yang berganda,kes-kes yang melibatkan penipuan, kes-kes yang melibatkan MIB dan pelbagai aspek perundangan insurans trafik jalanraya.
Kami seringkali bertindak bagi pihak syarikat-syarikat insurans dan telah menjadi ahli panel mereka untuk banyak tahun.Kami menyediakan penemuan yang inovatif dalam aspek-aspek utma tuntutan kecederaan peribadi, termasuk juga dalam bidang kos pembedahan padamasa hadapan,prostisis,penjagaan kejururawatan, kehilangan pendapatan dan berbagi-bagai lagi.
Selain daripada kemalangan jalanraya, firma ini juga mewakili klien-klien dalam membuat tuntutan dari tuntutan kecil hingga ke kecederaan dahsyat dan kes-kes kemalangan yang mengorbankan nyawa,bencana serta litigasi kumpulan.
Kerja kami merangkumi bidang-bidang sepert berikut:

  • Liabiliti majikan
  • Liabiliti awam
  • liabiliti produk
  • kecederaan sukan
  • penyakit-penyakit pekerjaan
  • Kebahayaan industri dan kimua