Mengenai Kami

Brijnandan Singh Bhar & Co menggabungkan kepakaran dalam pelbagai bidang perundangan dengan kemudahan canggih dan menggunakan pendekatan mesra serta holistik untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan.
Kekuatan firma guaman kami terletak pada komitmen kami untuk menyediakan perkhidmatan yang cemerlang ,progresif, maju ke hadapan dan yang memenuhi keperluan pelanggan moden.
Dengan sejarah yang kukuh dalam membuat inovasi dan memberi komitmen kepada prinsip-prinsip teras kami,Brijnandan Singh Bhar & Co terus berusaha dalam persekitaran yang moden di mana diversiti dan kebolehcapaian diutamakan manakala amalan guaman lama semakin dicabar.
Perkhidmatan guaman kami telah berkembang dan direka demikian untuk meliputi pelbagai disiplin serta bidang kuasa demi memenuhi keperluan pasaran guaman yang terkini.
Ahli-ahli Brijnandan Singh Bhar & Co mempunyai pelbagai kepakaran sebagai peguam bela dan peguam cara serta sebagai penasihat. Antara pelanggan kami ialah syarikat-syarikat awam dan swasta, jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat utiliti, NGO, syarikat-syarikat insurans, syarikat-syarikat insurans indemniti profesional,pihak-pihak berkuasa tempatan,kesatuan-kesatuan sekerja,institusi-institusi pendidikan, pihak-pihak berkuasa kesihatan dan individu-individu awam.
Kami juga terkenal untuk menguruskan kerja-kerja amal dan pro bono untuk orang perseorangan dan juga pertubuhan-pertubuhan yang mempunyai kepentingan awam melalui projek-projek perkhidmatan komuniti kami.