Pembangunan profesional adalah bahagian penting kehidupan kerja kami.Ini adalah proses, di mana kami melengkapkan diri kami dengan pengetahuan terkini,meningkatkan kemahiran kami, memajukan diri dalam mengambil peranan baru dan membolehkan kami memperoleh pekerjaan sepanjang kehidupan kami.
Sebagai profesional, kami percaya sesungguhnya bahawa kami perlu sentiasa melengkapkan diri kami dengan kemahiran dan pengetahuan yang terkini.
Meneruskan pembangunan profesional (CPD)adalah satu peluang untuk menbangunkan diri anda,sifat dan ukuran manfaat yang mendatang bergantung sepenuhnya pada diri anda. Kredibiliti profesion kami adalah berdasarkan pada kesanggupan setiap ahli profesional untuk mendekati kemahiran-kemahiran ,pengetahuan dan pengalaman baru.
CPDl adalah sangat penting oleh kerana usaha ini membantu individu-individu untuk memajukan dan membangunkan sifat profesional peribadi selain melengkapkan diri mereka kemahiran dan kompetensi semasa.
CPD membantu anda untuk menjadikan tanggunjawaban kepada peluang positif untuk mengenal pasti dan mencapai objektif-objektif kerjaya anda.
Mencapai matlamat anda secara efisien-Mereka yang mengambil tindakan yang terancang untuk membangunkan kemahiran cenderung untuk menaiki tangga kerjaya dengan lebih cepat dan ke arah yang mereka pilih.
Kekal dalam pasaran kerja – membangunkan dan mengekalkan kemahiran-kemahiran yang akan menentukan yang anda berada di peringkat atas setiap senarai pendek.
Mengambil satu penedekatan berstruktur untuk membangunkan profesionalisme diri anda akan membolehkan anda untuk mengurus kerjaya anda secara lebih efektif-dengan membuat keputusan terhadap matlamat-matlamat yang ingin anda capai dan mengambil kawal jalan yang anda akan gunakan untuk sampai ke sana
Dengan melengkapkan diri dengan hal-hal semasa dan mengambil kesempatan daripada perkembangan terbaru akan membolehkan anda mempunyai kelebihan utama dalam bidang anda.
Menyediakan bukti kompetens – untuk keperluan semakan, lembaga kenaikan pangkat,temu duga dan juga dalam bidang-bidang seperti yang diperlukan oleh peraturan-peraturan
Mencapai pengikhtirafan – di kedua-dua tempat bekerja dan melalui perolehan kelayakan profesional.
Menunjukkan komitmen terhadap profesion dan firma- dengan meningkatkan focus terhadap amal yang beretika, ‘membuat CPD’ adalah bahagian penting untuk menjadi seorang profesional.
Untuk keterangan lanjut, sila kunjungi laman web CPD Majlis Peguam Malaysia