Kami berusaha untuk menguruskan impak alam sekitar dalam menjalankan satu firma guaman yang moden.
Kami sentiasa mengkaji sama ada jejak alam sekitar kami boleh dikurangkan.
Untuk tujuan ini,:
PERPINDAHAN PEJABAT KUALA LUMPUR
Perpindahan pejabat ke Jalan Sultan Ismail pada September 2012 merupakan satu peluang untuk mengkaji semula sistem-sistem dan meningkatkan prestasi.
Dalam tempoh sebelum pindah, jumlah fail dan kertas yang disimpan dalam tempat kerja dikurangkan secara dramatik melalui pelbagai inisiatif pelupusan.
Selaras dengan itu, firma kami menggalakkan penggunaan e-filing dan kaedah memfail yang semacam.
Perabot pejabat telah didermakan kepada pelbagai badan dan organisasi amal.
Perabot dan permaidani pejabat baru telah dibeli atas dasar bahawa peralatan ini boleh dikitar semula dan dihasilkan dengan bahan kandungan yang dikitar semula.
Firma ini telah menaik taraf kemudahan-kemudahan komputer dan rangkaian untuk menjadi lebih efisien tenaga.
Firma ini juga telah menaik taraf peralatan dapur ke standard efisien tenaga yang paling tinggi.
Dengan kejayaan inisiatif di atas , kami kini telah memperluaskannya ke pejabat-pejabat lain kami di Malaysia.
Firma ini akan menjalankan inisiatif ini secara berperingkat-peringkat, dengan peringkat pertama adalah dengan melupuskan fail-fail dan dokumen-dokumen lain selaras dengan Bab 20 Garis Panduan Majlis Peguam Malaysia Untuk Pelupusan Fail-Fail.
Setelah dilupuskan dengan cermat,firma kami bercadang untuk menghantar dokumen-dokumen ini untuk dikitar semula.
Bersama-sama dengan yang tersebut di atas,firma kami bercadang untuk melaksanakan satu ski penjimatan tenaga dengan menutup atau mengurangkan penggunaan lampu dan penghawa dingin pada waktu makan tengah hari pejabat dari pukul 1.00 – 2.00 petang.
Jika dibenarkan,dan dengan galakan umum daripada klien-klien kami,kami berhasrat untuk menjalankan mesyuarat-mesyuarat perniagaan melalui kaedah persidangan sesawang dan e-mel.
Firma dan ahli-ahli kami komited untuk kelestarian alam sekitar dan sentiasa mencari cara baru yang strategik dan bersepadu untuk meningkatkan sumbangan kami untuk mengurangkan jejak alam sekitar kami.
Kami adalah sentiasa terbuka kepada cadangan.
Sila e-mel kepada kami di enquiries@bsbharco.com