Interaksi Komuniti

Tumpuan  firma ini terhadap penglibatan komuniti berasal daripada kepercayaan bahawa bukan sahaja kita perlu memberi balik sesuatu kepada masyarakat tetapi juga ada banyak faedah yang akan diperolehi daripada berbuatan demikian untuk individu,firma kami dan juga profesion.

Kami percaya penyertaan  yang aktif dalam masyarakat yang lebih luas sebagai individu dan sebagai sebuah firma. Kami juga berusaha untuk melibatkan ahli-ahli firma ini dalam

aktiviti-aktiviti perhubungan masyarakat  yang akan membuat perbezaan yang positif dalam komuniti-komuniti di mana kami hidup dan bekerja.

Kami sentiasa menyelaraskan kerja interaksi komuniti dan  pro bono kami dalam membantu komuniti-komuniti kami.

Kami sentiasa menggunakan pengetahuan dan sumber-sumber yang luas kami untuk menyokong rakan-rakan kongsi tempatan dan antarabangsa kami mengikut  keperluan mereka.

Inisiatif interaksi komuniti kami, menyediakan mereka dengan akses kepada sokongan sukarela,bimbingan,sumbangan kewangan dan kepakaran profesional dan seumpamanya.

Selama bertahun-tahun, firma  dan ahli-ahli kami telah terlibat secara aktif dalam pelbagai pertubuhan amal dan sentiasa memberi sumbangan kepada beberapa institusi agama di seluruh dunia.

Ahli-ahli firma kami juga telah juga menyumbangkan makanan dan pakaian ke banyak rumah anak yatim.

Pada masa lalu, ,Brijnandan telah menaja pendidikan beberapa orang kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Kini, dalam masa yang terdekat, firma ini ,dalam satu insiatif baru, akan memulakan satu skim penajaan  bagi mereka yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian tinggi di universiti-universiti tempatan.

Melalui inisiatif ini,firma kami juga akan memberi bimbingan dan pelbagai jenis bantuan kewangan dan bukan kewangan .