Diversiti

Di Brijnandan Singh Bhar & Co.,kami sentiasa menggalakkan satu budaya yang merangkumi semua,di mana semua orang mempunyai peluang untuk mengembangkan kerjaya mereka dan laluan untuk perkembangan kerjaya adalah telus.

Kami percaya bahawa pemupukan kesaksamaan,diversiti dan penyertaan membolehkan kami untuk memperoleh bakat yang terbaik,membina satu pasukan yang paling berkesan untuk klien kami serta menyampaikan perkhidmatan yang bertaraf tinggi.
Ini adalah sebahagian daripada cara kami hidup nilai-nilai kami – prinsip BSB 8 kami.

Melalui pelbagai inisiatif kami,kami memberi fokus kepada menghapuskan sebarang halangan terhadap kerjaya dalam sektor perundangan yang kurang diwakili oleh golongan muda.

Untuk menangani isu sistemik ini,kami berhasrat untuk menggunakan sumber dan kemahiran ahli-ahli kami untuk memastikan anak-anak muda yang berbakat dari pelbagai latar belakang, mempunyai peluang untuk mengakses dan meninjau industri undang-undang dan perkembangan kerjaya dalam bidang ini.

Inisiatif ini bermula dengan program-program biasiswa dan latihan kami serta pendekatan kami untuk merekrut dan mengekalkan bakat-bakat yang terbaik untuk firma ini.