Sebagai sebuah firma guaman yang progresif, kami memandang ke masa hadapan dan bukannya pada masa lampau. Ini , bagaimanapun tidak bermakna bahawa kami telah lupa akan permulaan firma kami yang telah menetapkan nada, rentak dan visi masa depan firma guaman kami.
Brijnandan Singh Bhar & Co telah ditubuhkan pada 1 Mac 1977 di Alor Setar, Kedah oleh pengamal tunggal dan pengasas firma ini, Brijnandan Singh Bhar.
Brijnandan bermula dengan membeir khidmat nasihat dan guaman untuk beberapa buah syarikat insurans dan juga individu persendirian.
Dengan adanya sambutan pelanggan yang semakin meningkat, Brijnandan telah menubuhkan pejabat guaman keduanya di Pulau Pinang pada tahun 1981 sejajar dengan usahanya untuk membina reputasi dalam bidang insurans motor dan insurans am.
Pada tahun 1991, dengan wujudnya peluang khidmat guaman yang lebih luas serta dengan adanya peningkatan permintaan khidmat guaman daripada entiti awam dan swasta,syarikat-syarikat insurans dan orang perseorangan,Brijnandan telah membuka pejabat guaman ketiganya di kawasan Segi Tiga Emas Kuala lumpur.
Hari ini, Brijnandan Singh Bhar & Co berada di barisan hadapan dalam menyelesaikan kes-kes guaman yang rumit dan kompleks. Penglibatan firma kami dalam kes-kes tersebut telah dilaporkan secara meluas dalam media dan jurnal undang-undang.
Dengan memberi tumpuan pada masa hadapan dan dengan adanya jangkaan bahawa keperluan pelanggan akan sentiasa berubah, firma kami , bukan sahaja peka terhadap kehendak pelanggan untuk khidmat guaman tetapi juga cara mereka mahu khidmat kami disampaikan.
Brijnandan Singh Bhar & Co terus berusaha untuk berada di barisan hadapan dalam pengurusan firma guaman. Antara usaha kami terbaru ialah e-filing dokumen-dokumen makhamah serta mengendalikan proses yang canggih dalam pengurusan dokumen .
Segala perubahan yang dilakukan adalah untuk memenuhi kepentingan pelanggan kami dan firma guaman kami mempunyai kedudukan yang kukuh serta berupaya untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang.
Kami sentiasa berusaha untuk kekal di barisan hadapan dalam industri guaman demi memenuhi permintaan khidmat guaman yang semakin kompleks , semakin berubah dari masa ke masa dan dalam dunia ini yang semakin terhubung.