Sejak penubuhan firma ini, kami telah mengenalpasti dan menanam prinsip-prinsip teras yang membentuk DNA Brijnandan Singh Bhar & Co.
Nilai-nilai inilah yang menyatukan serta menggerakkan prioriti-prioriti dan tindakan-tindakan strategik yang membentuk prinsip “BSB 8” firma kami.
Kami komited untuk membantu klien kami mencapai matlamat mereka dengan memberi khidmat guaman komersial berkualiti tinggi yang secara konsisten akan melebihi jangkaan mereka.
Kami akan memastikan klien-klien kami akan dapat manfaat daripada kami kerana kami menggabungkan standard perniagaan antarabangsa yang tertinggi dengan perkhidmatan guaman yang cemerlang. Kami juga akan berusaha untuk mengekalkan kecekapan,keberkesanan dan kualiti sumber yang diperlukan untuk memenuhi keperluan klien-klien kami pada bila-bila masa, di mana jua dan dalam apa jua situasi yang bakal timbul.
Masa lampau firma kami telah menetapkan nada untuk masa depan. Kami berazam untuk menjadi peneraju pasaran dalam kalangan firma-firma guaman, baik di peringkat tempatan mahupun di peringkat antarabangsa.Matlamat kami adalah untuk menjadi salah satu daripada organisasi perkhidmatan profesional yang terkemuka di dunia,jika bukan, yang terbaik.
Dalam usaha untuk memberikan komitmen kami kepada klien-klien kami, kami merekrut dan membangunkan bakat terbaik yang ada di pasaran.Kami juga sentiasa berusaha untuk melibatkan diri dalam melakukan kerja-kerja yang menarik dan mencabar untuk klien-klien demi menarik dan mengekalkan bakat guaman terbaik yang sedia ada di pasaran.
Brijnandan Singh Bhar & Co.Kami sentiasa menggalakkan dan mengharapkan staf kami untuk menjadi inovatif ,kreatif,fleksibel serta dapat menyesuaikan diri untu memenuhi permintaan klien-klien kami. Firma percaya bahawa keperluan klien-klien kami perlu diutamakan pada setiap masa.
Kami dengan bangganya menyatakan bahawa firma guaman Brijnandan Singh Bhar & Co menghargai diversiti dari segi budaya dan bangsa dalam kalangan staf kami.Ini adalah penting bagi kami kerana kami sentiasa berhubung dengan ahli-ahli masyarakat dan klien-klien kami dari pelbagai latar belakang .
Untuk menerajui pasaran guaman, sesebuah firma perlu mempunyai visi untuk berpandang ke hadapan dan kesanggupan untuk berkongsi idea serta pendapat dalam pelbagai isu.Kami sentiasa berusaha untuk mencabar batasan-batasan guaman dan cuba untuk membawa pemikiran-pemikiran dan pandangan-pandangan baru yang bersifat inovatif.
Teras kekuatan firma kami ialah kakitangan sokongan kami,setiausaha-setiausaha dan juga peguam-peguam kami yang dianggap sebagai ahli keluarga kami.Sebagai sebuah keluarga yang besar,staf kami memperkukuhkan keupayaan firma guaman kami untuk memberi perkhidmatan klien yang cemerlang . Sifat ini juga mewujudkan satu persekitaran kerja ,di mana ahli-ahli kami yang berbakat dan berkelayakan mempunyai peluang untuk berjaya.Kami juga menetapkan penanda aras yang tinggi untuk kedua-dua klien dan juga kami sendiri. Walau bagaimanapun, kami tetap memahami dan menghargai kepentingan untuk memberi bantuan kepada masyarakat umum. Kami juga arif dalam memberi bantuan kepada masyarkat dan kami juga sentiasa berhubung dengan klien-klien kami untuk turut berbuat demikian kepada komuniti