Di firma guaman Brijnandan Singh Bhar & Co, kami membuat sasaran untuk menyelesaikan sebarang kerja yang mudah dalam tempoh lima belas hari bekerja.
Sekiranya klien memerlukan sesuatu kerja diselesaikan dengan segera,kami tetap bersedia untuk menerima sebarang arahan untuk memenuhi keperluan klien dalam tempoh yang dikehendaki.
Sila hubungi kami secara terus melalui telefon atau sila lawat mana-mana pejabat firma guaman kami.
Kami sensitif terhadap kehendak pasaran dan sentiasa bersetuju dengan pendekatan yang terbuka dan fleksibel berkait dengan struktur yuran.
Kami berusaha untuk memberi anggaran yang realistik untuk kos dan masa untuk sebarang kerja yang diberi kepada pihak kami, berasaskan jenis kerja yang perlu dijalankan.
Brijnandan Singh Bhar & Co menggunakan teknologi maklumat sepenuhnya.Setiap ahli staf kami mempunyai alamat e-mel peribadi untuk memudahkan pertukaran maklumat dan dokumentasi dengan pantas, jika perlu.
Kami bersedia untuk memberi khidmat nasihat dan bantuan melalui pendapat bertulis, dalam persidangan,melalui e-mel,faks ,telefon dan sidang video.
Untuk keselesaan klien-klien kami, kami juga berupaya untuk bertemu dengan klien-klien di pejabat mereka baik di dalam negara mahupun di luar Malaysia.
Silalah hubungi kami secara terus , mengikut keselesaan anda supaya persediaan yang sewajarnya dapat dilakukan.