Brijnandan Singh Bhar & Co ialah majikan yang memberi peluang yang sama rata.
Kami percaya bahawa kejayaan kami bergantung pada wujudnya satu suasana kerja yang bebas daripada sebarang bentuk diskriminasi, prejudis, gangguan dan penganiayaan.
Menjadi dasar kami bahawa tiada anggota Brijnandan Singh Bhar & Co yang boleh prejudis terhadap sesiapa.
Kami menghargai sumbangan setiap anggota firma kami,pelatih, pekerja, klien dan juga kenalan yang membawa kepada kejayaan firma guaman kami. Kami juga berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan suasana kerja yang bebas sebarang bentuk diskriminasi .
Firma kami adalah komited kepada prinsip-prinsip pemberian peluang yang adil lagi saksama, tanpa mengira warna kulit, bangsa, kecacatan, umur, kumpulan etnik atau negara asal, agama, jantina ,status perkahwinan, orientasi seksual atau pujukan politik.
Kami berusaha untuk menawarkan peluang –peluang untuk latihan,mendapat pengalaman dan pembangunan modal insan untuk semua kakitangan firma kami ,secara sama rata serta tanpa
sebarang diskriminasi.
Kami juga bangga untuk memaklumkan bahawa kami telah membuat pengubahsuaian yang sewajarnya untuk membolehkan calon-calon yang kurang upaya untuk menunjukkan kebolehan mereka untuk bekerja.
Tambahan dengan itu, firma guaman kami memberi sokongan yang sepenuhnya kepada ibu bapa yang bekerja.
Kami juga menggalakkan wanita untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan dan memberi tumpuan kepada program mentor kami. Kami juga mendidik dan meningkatkan peranan serta penglibatan wanita dalam firma kami.