• Kuala Lumpur

  • Beijing

  • Paris

  • New York

  • London

  • New Delhi

  • Moscow

Pengenalan

Kami ialah sebuah sebuah firma guaman dengan warisan perintis yang berpangkalan di tiga bandar raya utama di Malaysia. Dengan pejabat-pejabat guaman kami di Kuala Lumpur,Pulau Pinang dan Kedah., kami berada pada kedudukan yang strategik untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dalam pelbagai bidang pertikaian dan bukan pertikaian guaman.
Kami menyediakan perkhidmatan guaman yang tiada tandingan dan bersifat inovatif, yang setaraf dengan standard antarabangsa. Kami juga mempunyai hubungan yang baik dan kukuh dengan firma-firma guaman antarabangsa di seluruh dunia terutamanya di United Kingdom,Amerika Syarikat, India, Singapura dan Mauritius.
Kami sentiasa berada di barisan hadapan dalam menguruskan kes-kes yang kompleks dan rumit yang melibatkan syarikat-syarikat multi nasional,kerajaan-kerajaan,agensi-agensi kerajaan,entiti awam dan swasta dan orang perseorangan.
Kami mewakili perkhidmatan guaman yang berkualiti,cemerlang,cekap dan efektif. Ini adalah DNA kami.
Kami ialah Brijnandan Singh Bhar & Co.

Mengenai Kami

Brijnandan Singh Bhar & Co menggabungkan kepakaran dalam pelbagai bidang perundangan dengan kemudahan canggih dan menggunakan pendekatan mesra serta holistik untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan.
Kekuatan firma guaman kami terletak pada komitmen kami untuk menyediakan perkhidmatan yang cemerlang ,progresif, maju ke hadapan dan yang memenuhi keperluan pelanggan moden.
Dengan sejarah yang kukuh dalam membuat inovasi dan memberi komitmen kepada prinsip-prinsip teras kami,Brijnandan Singh Bhar & Co terus berusaha dalam persekitaran yang moden di mana diversiti dan kebolehcapaian diutamakan manakala amalan guaman lama semakin dicabar.
Perkhidmatan guaman kami telah berkembang dan direka demikian untuk meliputi pelbagai disiplin serta bidang kuasa demi memenuhi keperluan pasaran guaman yang terkini.
Ahli-ahli Brijnandan Singh Bhar & Co mempunyai pelbagai kepakaran sebagai peguam bela dan peguam cara serta sebagai penasihat. Antara pelanggan kami ialah syarikat-syarikat awam dan swasta, jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat utiliti, NGO, syarikat-syarikat insurans, syarikat-syarikat insurans indemniti profesional,pihak-pihak berkuasa tempatan,kesatuan-kesatuan sekerja,institusi-institusi pendidikan, pihak-pihak berkuasa kesihatan dan individu-individu awam.
Kami juga terkenal untuk menguruskan kerja-kerja amal dan pro bono untuk orang perseorangan dan juga pertubuhan-pertubuhan yang mempunyai kepentingan awam melalui projek-projek perkhidmatan komuniti kami.

  • Satu Tinjauan

    Brijnandan Singh Bhar & Co menggabungkan kepakaran dalam pelbagai bidang perundangan dengan kemudahan canggih dan menggunakan pendekatan mesra serta holistik untuk memberi perkhidmatan kepada

  • Sejarah Kami

    Sebagai sebuah firma guaman yang progresif, kami memandang ke masa hadapan dan bukannya pada masa lampau. Ini , bagaimanapun tidak bermakna bahawa kami telah

  • Visi Kami

    Dengan menekankan kecemerlangan, Brijnandan Singh Bhar & Co, sentiasa berusaha untuk menjadi sebuah firma guaman dengan perspektif global demi menhadapi dunia ini yang semakin

  • Prinsip Kami

    Sejak penubuhan firma ini, kami telah mengenalpasti dan menanam prinsip-prinsip teras yang membentuk DNA Brijnandan Singh Bhar & Co. Nilai-nilai inilah yang menyatukan serta menggerakkan

  • Diversiti Kami

    Brijnandan Singh Bhar & Co ialah majikan yang memberi peluang yang sama rata. Kami percaya bahawa kejayaan kami bergantung pada wujudnya satu suasana kerja yang

  • Penyampaian Perkhidmatan Kami Memberi Arahan Kepada Kami

    Di firma guaman Brijnandan Singh Bhar & Co, kami membuat sasaran untuk menyelesaikan sebarang kerja yang mudah dalam tempoh lima belas

Khidmat Kami

Firma kami sentiasa mengendalikan perkara-perkara yang melibatkan pelbagai jenis pertikaian dan bukan pertikaian guaman.Kombinasi amalan guaman yang cemerlang dengan kepakaran  dalam industri guaman memberikan kelebihan daya saing kepada klien-klien kami.Kami juga membawa bersama kami pengalaman dan kepakaran undang-undang,pengetahuan komersial dengan sokongan professional yang rapat  untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan  kami.

Pengamal-pengamal guaman kami seringkali dilantik sebagai peguam utama dan kerap dirujuk oleh firma-firma guaman lain dari seluruh Malaysia.

Firma kami sentiasa memmupuk dan mengekalkan hubungan kerja  yang baik dengan peguam-peguam terkemuka,peguam-peguam kanan dan Peguam-peguam  Diraja Britain  dari firma-firma dan majlis-majlis peguam antarabangsa.Kami juga mampu untuk mencapai manfaat daripada rangkaian global  firma guaman profesional untuk mengendalikan urusan tawaran dan kerja-kerja pendakwaan  pelbagai disiplin ,bidang kuasa dan yang merentasi sempadan negara.


Penerbitan